8:31 AM

Reban Cacing Junidah Agro Farm



Gambar-gambar ini diambil di kawasan ternakan cacing Junidah Agro Farm di Bukit Naning, Ayer Hitam, Muar, Johor.



Pandangan reban ternakan cacing dari pintu masuk reban. Kelihatan baja kompos yang belum diayak dengan alat pengayak baja.



Pada peringkat awal, reban ternakan cacing Junidah Agro Farm hanya mampu menampung 100kg cacing.



Pada peringkat seterusnya, reban ini akan dibesarkan untuk menampung bilangan cacing dalam jumlah yang besar. Selain itu, reban ini akan dijadikan tempat simpanan baja kompos yang telah sedia untuk dijual.



Pandangan bangunan beratap biru yang akan diambil alih oleh Junidah Agro Farm sebagai reban ternakan cacing berskala besar pada masa akan datang. Bangunan tersebut telah di bina dengan kos RM20,000 lebih.

7:13 PM

Vermikompos ( Baja Organik Cacing)



Baja organik kotoran cacing tidak menyebarkan bau, bersih dari kotoran maupun serangga. Baja yang terhasil dari kotoran cacing ini sangat baik untuk tanaman sayuran, tanaman tahunan, buah-buahan dan tanaman hiasan. Malahan ianya adalah merupakan baja organik yang mesra alam. Secara faktanya, penggunaan vermikompos berbanding baja kimia adalah 1:3. Ini bermaksud, 1 kg vermikompos adalah bersamaan dengan 3 kg baja kimia.

Dalam proses pembuatan baja, diperlukan sisa kotoran lembu atau kerbau. Kemudian cacing ditaburkan di bahagian atas kotoran tersebut dan dibiarkan selama dua minggu. Selama itulah terjadi proses pembuatan baja, cacing mengubah kotoran yang tadinya berwarna kehijauan menjadi kehitaman.

Apabila cacing meninggalkan media kotoran maka prosesnya sudah selesai. Kemudian dikeringkan. Baja yang sebenarnya adalah kotoran cacing yang berbentuk butiran, berserat dan berwarna kehitaman. Kebaikan kegunaan baja organik kotoran cacing adalah baja ini dapat meneutralkan lebihan asid tanah dan menjadikan tanah lebih gembur. Tanah juga tidak cepat padat seperti halnya kalau memakai tinja haiwan.

Vermikompos

Baja Vermikompos adalah baja organik yang mengandungi NPK yg mudah diserap (phyto-soluble) oleh pokok, trace element, mikrob berfaedah (nitro & phoshobactors), asid humic / fulvic, ph neutral, pest repellant semulajadi, penggalak pertumbuhan/buah dll.

Aplikasi vermikompos dalam tanaman:
  • Untuk sayur dedaun guna 200g/m persegi (apply 60%-70% during plough, apply balance when young shoot sprout after 2 weeks)
  • Untuk sayur berbuah jangka panjang guna 200g/m persegi (apply 60%-70% during plough, apply balance when young shoot sprout after 2 weeks). Kemudian 100g/m persegi (apply thereafter bi-monthly as carrier fertilizer)
Faktor penjimatan/keuntungan penggunaan Vermikompos:
  • Kurang pembajakan antara musim
  • Kurang masalah perosak
  • Pertambahan pengeluaran hasil
  • Mutu rasa & ketahanan hasil (rasa crunchy & shelf-life lebih lama)
  • Penjimatan dari segi pengurangan penggunaan baja setelah musim ketiga apabila mutu tanah sudah dapat dipulihkan kerana vermikompos memulihkan tanah agar pokok dapat menyerap nutrien dengan lebih efisien.
Harga pukal baja vermikompos RM2.50/kg.

Sumber: Eudrillus (bicarajutawan)