8:31 AM

Reban Cacing Junidah Agro Farm



Gambar-gambar ini diambil di kawasan ternakan cacing Junidah Agro Farm di Bukit Naning, Ayer Hitam, Muar, Johor.



Pandangan reban ternakan cacing dari pintu masuk reban. Kelihatan baja kompos yang belum diayak dengan alat pengayak baja.



Pada peringkat awal, reban ternakan cacing Junidah Agro Farm hanya mampu menampung 100kg cacing.



Pada peringkat seterusnya, reban ini akan dibesarkan untuk menampung bilangan cacing dalam jumlah yang besar. Selain itu, reban ini akan dijadikan tempat simpanan baja kompos yang telah sedia untuk dijual.



Pandangan bangunan beratap biru yang akan diambil alih oleh Junidah Agro Farm sebagai reban ternakan cacing berskala besar pada masa akan datang. Bangunan tersebut telah di bina dengan kos RM20,000 lebih.

7:13 PM

Vermikompos ( Baja Organik Cacing)



Baja organik kotoran cacing tidak menyebarkan bau, bersih dari kotoran maupun serangga. Baja yang terhasil dari kotoran cacing ini sangat baik untuk tanaman sayuran, tanaman tahunan, buah-buahan dan tanaman hiasan. Malahan ianya adalah merupakan baja organik yang mesra alam. Secara faktanya, penggunaan vermikompos berbanding baja kimia adalah 1:3. Ini bermaksud, 1 kg vermikompos adalah bersamaan dengan 3 kg baja kimia.

Dalam proses pembuatan baja, diperlukan sisa kotoran lembu atau kerbau. Kemudian cacing ditaburkan di bahagian atas kotoran tersebut dan dibiarkan selama dua minggu. Selama itulah terjadi proses pembuatan baja, cacing mengubah kotoran yang tadinya berwarna kehijauan menjadi kehitaman.

Apabila cacing meninggalkan media kotoran maka prosesnya sudah selesai. Kemudian dikeringkan. Baja yang sebenarnya adalah kotoran cacing yang berbentuk butiran, berserat dan berwarna kehitaman. Kebaikan kegunaan baja organik kotoran cacing adalah baja ini dapat meneutralkan lebihan asid tanah dan menjadikan tanah lebih gembur. Tanah juga tidak cepat padat seperti halnya kalau memakai tinja haiwan.

Vermikompos

Baja Vermikompos adalah baja organik yang mengandungi NPK yg mudah diserap (phyto-soluble) oleh pokok, trace element, mikrob berfaedah (nitro & phoshobactors), asid humic / fulvic, ph neutral, pest repellant semulajadi, penggalak pertumbuhan/buah dll.

Aplikasi vermikompos dalam tanaman:
  • Untuk sayur dedaun guna 200g/m persegi (apply 60%-70% during plough, apply balance when young shoot sprout after 2 weeks)
  • Untuk sayur berbuah jangka panjang guna 200g/m persegi (apply 60%-70% during plough, apply balance when young shoot sprout after 2 weeks). Kemudian 100g/m persegi (apply thereafter bi-monthly as carrier fertilizer)
Faktor penjimatan/keuntungan penggunaan Vermikompos:
  • Kurang pembajakan antara musim
  • Kurang masalah perosak
  • Pertambahan pengeluaran hasil
  • Mutu rasa & ketahanan hasil (rasa crunchy & shelf-life lebih lama)
  • Penjimatan dari segi pengurangan penggunaan baja setelah musim ketiga apabila mutu tanah sudah dapat dipulihkan kerana vermikompos memulihkan tanah agar pokok dapat menyerap nutrien dengan lebih efisien.
Harga pukal baja vermikompos RM2.50/kg.

Sumber: Eudrillus (bicarajutawan)

4:59 PM

Alkisah Mengenai Cacing



Written by Aminuddin
Thursday, 20 March 2008 10:37


Pengenalan

Penternakan cacing kompos boleh di katakana masih baru di Malaysia walaupun telah lama diperkenalkan di negara-negara membangun yang lain seperti di Indonesia, Korea, Brazil, Australia dll. Terdapat 1800 spesis cacing yang dikenalpasti dan hanya 9 jenis yang sesuai dikomersialkan dan hanya 5 jenis yang sesuai di ternak di Malaysia iaitu:
  1. Lumbricus Rubellus
  2. Eisenia Foetida
  3. Pheretima Asiatica
  4. Pherionyx Excavatus
  5. Diplocardia
Daripada lima jenis di atas jenis yang paling sesuai dan mudah di ternak ialah Lumbricus Rubellus atau dikenali dengan nama cacing harimau atau cacing merah. Di bawah adalah antara ciri-ciri cacing dari jenis Lumbricus Rubellus;
  1. Bentuk tubuhnya seakan-akan pipih
  2. Dihujungnya ada tanda kekuningan
  3. Jumlah segmen sekitar 90 hingga 195, dimana Klitelum terdapat pada segmen 27 hingga 32
  4. Jenis ini memiliki tubuh kecil, tetapi apabila diternak secara intensif, saiz tubuhnya boleh membesar, menyamai jenis yang lain
  5. Pergerakan cacing ini lambat, dan sering diam apabila dipegang.

Kenapa Cacing Kompos?

Potensi kegunaan:
  1. Penyuburan tanah
  2. Memperbaiki dan memelihara struktur tanah
  3. Pelupus sampah organik
  4. Menjadi bahan campuran makanan ternakan.
  5. Menjadikan bahan buangan industri kepada baja organik.
  6. Menjadi ramuan perubatan merawat penyakit seperti meredakan demam, tekanan darah tinggi, bronchitis dll.
  7. Menjadi bahan campuran dalam pembuatan kosmetik.

Struktur Tubuh Cacing

Ia juga mempunyai lendir yang digunakan untuk memudahkan pergerakan, melicinkan lubang di dalam tanah,serta sebagai alat mempertahankan diri. Lendir ini dihasilkan oleh kelenjar Epidermis.Pada bahagian depan cacing tanah, terdapat mulut berbentuk bibir yang dinamakan Prostomium. Ianya digunakan untuk menembusi tanah.Apabila tanah sukar untuk ditembusi, maka tanah akan dimakan bersama sisa makanan dan keluarmenjadi kotoran yang kaya dengan unsur unsur organik juga mineral dan sangat diperlukan oleh tanaman. Ia juga dapat meneutralkan bakteria yang merbahaya.

Pencernaan Makanan

Prostomium mengambil makanan dan dimasukkan ke dalam Faring (tenggorok). Kemudian melalui Esogafus (kerongkong),dan seterusnya ke perut.

Makanan disimpan sementara, kemudian disalurkan ke lambung otot. Di dalam lambung otot, makanan dihancurkan dengan dibantu oleh pasir dan benda-benda keras yang dimakannya.Hasil pencernaan masuk ke dalam usus, kemudian, zat-zat makanan diserap. Di sini, makanan diproses dari bentuk yang kompleks menjadi bentuk sederhana.Di dalam proses ini, enzim, bakteria, protoza bersama-sama melakukan aktiviti tersebut. Zat-zat makanan kemudiannya diserap oleh dinding usus halus masuk ke dalam pembuluh darah, dan disalurkan ke seluruh tubuh.Sisa-sisa makanan yang tidak tercerna keluar bersama kotoran lainya dalam bentuk kotoran cacing.

Produk dari ternakan cacing

Terdapat 2 jenis produk yang terhasil dari penternakan ini iaitu Biomas (cacing itu sendiri) dan juga kascing ( baja organik dari sisa makanan cacing tersebut).

Biomas adalah produk yang boleh dihasilkan daripada tubuh cacing tersebut. Banyak produk-produk yang boleh dihasilkan dari badan cacing tersebut seperti bahan campuran kosmetik, ubat-ubatan, campuran dalam makanan ternakan seperti ayam, kambing, lembu dan banyak lagi. Dinegara-negara seperti Amerika, Eropah, Jepun, Australia, Indonesia telah banyak memajukan industri ini, manakala di Malaysia ini ialah titik permulaan dan kajian-kajian terus di buat untuk memanfaatkan produk cacing ini.

Manakala kascing (baja organik dari sisa makanan cacing) dan juga cecair cacing (worm tea) adalah produk yang boleh di komersialkan dan mempunyai potensi yang besar. Dengan adanya pertumbuhan penternak-penternak kecil dan sederhana, tidak mustahil baja organik ini dapat menggantikan baja kimia sepenuhnya.

4:57 PM

Cacing Sebagai Ubat



Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik: http://hahaagro.blogspot.com/


CACING SEBAGAI UBAT

Sebagaimana kita tahu, ikan adalah pembekal protin kepada tubuh kita tetapi sedarkah kita bahawa protin pada ikan hanya 50%, daging mamalia 65% sedangkan cacing mempunyai protin sebanyak 76%. Ianya juga 35 kali ganda lebih baik daripada kacang soya. So adakah anda bersedia untuk beralih kepada cacing sebagai lauk anda ?

Sebetulnya tanpa kita ketahui ada diantara biskut dan juga minuman penyegar sudah dimasukkan ekstrak cacing di dalamnya terutama yang diperbuat dari US, Kanada, Jepun dan Taiwan.Nah, mari kita lihat lagi di siniLumbrica, obat herbal yang dibuat dari ekstrak Lumbricus rubellus, mengandung zat-zat yang diperlukan penderita typus iaitu: protein tinggi 76%, karbohidrat, enzim, dll. Hasil penelitian menunjukkan bahwa ekstrak Lumbricus rubellus mengandung asam yang bekerja pada 2 sisi dalam pengobatan typus, iaitu membunuh bakteri penyebab typus (Salmonella Typhi) dan sekaligus menurunkan demam.

Selain mengatasi typus, Lumbrica juga mampu menyembuhkan hepatitis, jantung koroner, maag, radang usus dan lambung, ambeien, stroke, diabetes, dan keputihan pada wanita.Di Korea Selatan dan Cina telah tersedia obat baru dari cacing (lumbrokinase) secara komersial untuk pencegahan dan pengobatan penyakit jantung dan otak. Lumbrokinase stabil dalam lama waktu penyimpanan pada suhu kamar. Obat ini juga nyaman digunakan melalui oral. Cacing tanah sebagai bahan baku obat dapat dengan mudah diperbanyak untuk pembuatan obat antitrombosis murah dan masal.

Lumbrokinase murni dari cacing tanah Eisenia fetida misalnya telah dikarakterisasi dan terdiri lebih dari tiga buah subunit enzim. Masing-masing subunit adalah satu polipeptida yang memiliki aktivitas protease sendiri-sendiri. Pada percobaan in vitro, salah satu komponen subunit ini tidak hanya aktif sebagai aktivitas fibrinolitik langsung tetapi juga berfungsi sebagai aktivator plasminogen melalui pengubahan plasminogen menjadi plasmin yang selanjutnya menghancurkan serat fibrin. Oleh karena itu enzim ini memiliki aksi ganda dalam mengobati penyakit trombosis.Gambar 2 berikut adalah aksi lumbrokinase Lumbricus rubellus dalam mencairkan darah beku tikus (dari Nakajima dkk di Departemen Sains Nutrisi, Okayama Prefectural University, Jepang).

Dalam waktu tidak lebih satu setengah jam, gumpalan darah beku tikus berhasil dilarutkan kembali. Aktivitas lumbrokinase inilah yang menarik untuk obat jantung atau stroke akibat trombosis.Manakala di Indonesia telah terdapat banyak kapsul yang menggunkan cacing merah ini dan di antaranya ialah Kapsul Lumbrica yang dijual dengan harga Rp17000 sebotol. Ianya telah terbukti dapat :i. menurunkan kadar kolesterolii.meningkatkan daya tahan tubuh ( antibodi )iii.menurunkan tekanan darah tinggiiv.meningkatkan nafsu makanv.mengubati saluran pencernaan spt typus, disetri, gangguan perutvi.mengubati saluran penafasan - batuk, asma, influenza,TBCvii.menurunkan kadar gula - diabetesviii.mengubati alergi, luka dan sakit gigi.viv.mengubati sakit sendi2

Dan ini pula pengalaman Ling Ling ( 24 tahun ), mengalami deman disertai suhu badan yang tinggi, ia di duga terkena tifus. Oleh itu sensei di kedai ubat memberi ramuan berupa 10 gram estrak cacing merah, disuruh rebus dengan 5 gelas air sehinggakan air rebusan tadi tinggal 2 gelas dan perlu di minum selama 2 hari. Setelah itu keadaan ling ling pulih sepeti sediakala.Dan satu lagi kalau anda berani dan tak geli anda boleh proses sendiri.

Ini cara yang di bagitahu, mudah aja katanya, ambil tiga ekor cacing lalu di cuci dengan air bersih dengan sebersih2nya, setelah bersih, lalu dipotong2 kecil2 dan sekali lagi dibersihkan sebersih2nya. Lalu dicampukan dengan buah-buahan yang anda suka seperti jus apukat supaya tidak terasa hanyir, campurkan beberapa titis perahan jeruk dan sedikit madu lebah, lalu di minum. Aduh sedap sekali, he....Selamat mencuba (tanggung sendiri

9:38 AM

Lumbricus Rubellus (Red Worm)



Di antara lebih dari 1800 jenis cacing yang dikenal oleh para ilmuwan, terdapat dua jenis cacing yang biasa kita pakai di dalam budidaya atau ternakan cacing dan proses pembuatan baja organik, iaitu jenis cacing Lumbricus Rubellus (cacing merah) dan Eisenia Fetida (cacing Tiger/harimau)

Cacing tanah jenis Lumbricus Rubellus adalah cacing tanah yang tergolong dalam kelompok binatang avertebrata (tidak bertulang belakang) yang hidupnya di tanah yang gembur dan lembab. Cacing ini adalah salah satu jenis cacing yang termasuk dalam kelompok cacing epigeic. Kedua jenis cacing ini sangat mudah untuk diternak ,selain itu perkembangbiakannya sangat cepat dibanding dengan jenis cacing lain.

Tahi lembu atau kambing sangat baik untuk pertumbuhan berat badan dan perkembangbiakan cacing lumbricus Rubellus. Apabila kita masukan 1 kg cacing lumbricus Rubellus pada satu kotak yang berisi media campuran 60% serbuk gergaji yang telah kita rendam dalam air seminggu dengan tujuan untuk menghilangkan getah dan bau, dengan 40% tahi lembu/kambing yang telah direndam semalaman. Lalu kita berikan makanan tambahan seperti batang pisang, hampas tauhu, tebu atau soya, maka dalam jangka waktu dua minggu cacing tersebut akan bertelur.

Setelah telurnya kelihatan matang atau kekuningan, kita pisahkan antara cacing induk dengan telornya. Induknya kita simpan ke media yang baru dan telor yang berada di media tadi kita biarkan selama lebih kurang dua minggu sehingga telor tersebut menetas. Setelah menetas baru kita berikan makanannya seperti rutin biasa Dalam tempoh satu bulan atau paling lambat 6 minggu, cacing tersebut akan menjadi dewasa dan sedia untuk bertelur seperti induknya.

Sementara itu, Induknya yang sudah bertelur, setelah dua minggu kemudian ia akan bertelur lagi. Selagi medium yang diberikan adalah baik, induk cacing tersebut akan terus bertelur setiap dua atau tiga minggu sekali . Dalam dua bulan, ia akan menghasilkan empat keturunan. Jika kita mempunyai induk sebanyak 100kg, dalam dua bulan kita akan mempunyai 800kg calon anak cacing. Bahkan jumlah itu boleh menjadi lebih kerana setiap satu butir telur cacing lumbricus rubellus berisi 4 ekor anak cacing.

2:55 PM

Ternakan Cacing Secara Komersial



Memang tidak dinafikan sejak akhir-akhir ini, ternakan cacing secara komersial telah menjadi pilihan khususnya bagi mereka yang ingin menceburi dan membuat pelaburan di dalam bidang pertanian dan ternakan di Malaysia. Buktinya, banyak syarikat-syarikat telah mengiklankan perniagaan dan perkhidmatan mereka di akhbar-akhbar tempatan yang berkaitan dengan ternakan cacing ini seperti menawarkan kursus-kursus, menjual hasil-hasil ternakan seperti induk cacing, baja-baja kompos dan juga bahan-bahan makanan untuk cacing-cacing tersebut.

Ternakan cacing secara komersial memang mempunyai potensi yang cukup tinggi. Bukan sahaja untuk sektor-sektor pertanian, malah juga kepada sektor-sektor perubatan dan kosmetik. Cacing seperti yang diketahui umum mengandungi sumber protien yang cukup tinggi. Protien ini bukan sahaja bagus kepada tumbuh-tumbuhan, juga kepada tubuh badan manusia. Oleh kerana itu, baja tinja cacing amat sesuai untuk menyuburkan tanaman, malah juga mengubati penyakit-penyakit yang berkaitan dengan kulit manusia.

Saya sendiri juga pernah menjalankan beberapa kajian mengenai keberkesanan ekstrakcacing dan tinjanya terhadap tanaman yang hampir mati dan juga masalah gatal-gatal pada badan. Apa yang saya telah lakukan terhadap tanaman yang hampir mati dan tidak subur itu, saya taburkan sedikit baja tinja cacing di sekeliling pokok tersebut. Hasilnya amat mengkagumkan. Dalam masa tiga hari, daun-daun tanaman tersebut kembali menghijau dan selang seminggu selepas itu tanaman tersebut telah mengeluarkan hasil. Pada amatan saya ianya sungguh mengkagumkan. Buktinya pada gambar-gambar yang telah saya lampirkan pada post sebelum ini. Begitu juga dengan masalah gatal-gatal badan dimana saya telah menyapukan sedikit ekstrak cacing pada kawasan tersebut dan selang beberapa jam masalah tersebut dapat diatasi.

Di samping itu, ada juga suara-suara sumbang yang saya kedengaran mengenai ternakan cacing. Kalau setakat geli tu biasa la. Orang rumah saya pun alah dengan cacing ini. Tapi itu bukan isunya. Suara-suara sumbang yang saya maksudkan ini ialah ada pihak yang mengatakan bahawa ternakan cacing ini ada kaitan dengan industri pemakanan. Katanya cacing-cacing ini di ternak dan diproses untuk dijadikan tepung bagi proses merangupkan makanan-makanan tersebut. Saya bertanya pula kepada mereka ini tentang syarikat manakah yang telah mengusahakan makanan yang menggunakan tepung cacing sebagai salah satu bahan untuk memproses makanan. Malangnya soalan saya tidak dijawab dan mereka mengatakan bahawa mereka mendapat tahu daripada orang lain.

Namun kesimpulannya, ternakan cacing secara komersial memang berpotensi besar. Tambahan pula kerajaan Malaysia telah menguar-uarkan bahawa industri pertanian akan dijadikan sektor utama negara. banyak kemudahan-kemudahan pertanian akan disalurkan dan kemudahan-kemudahan pinjaman telah dipermudahkan. Kerajaan akan terus berusaha agar krisis makan sebelum ini tidak akan berlaku lagi.

12:19 PM

Hasil tanaman yang dibaja dengan tinja cacing



Gambar-gambar ini telah diambil pada hari Ahad bersamaan 6 Julai 2008 di tempat penternakan cacing Junidah Agro Farm.



Semaian pokok nangka yang dibaja dengan tinja cacing (vermicompos). Usia semaian baru menjangkau satu bulan.



Pokok lada yang hidup subur dan menghasilkan buah yang besar.



Pokok bayam yang subur menghijau akibat daripada kesan pembajaan tinja cacing (vermicompos).



Pokok lada yang telah hampir mati pada asalnya, berjaya kembali hidup subur dan mengeluarkan hasil dalam masa yang agak cepat selepas dibaja.



Ini adalah pokok bayam yang telah mengeluarkan hasil dan boleh dipetik daunnya.



Setelah di baja dengan tinja cacing (vermicompos), pokok bunga ini kelihatan subur.



Pokok kedondong yang telah mengeluarkan hasil selepas seminggu ditabur baja tinja cacing (vermicompos).