Memang tidak dinafikan sejak akhir-akhir ini, ternakan cacing secara komersial telah menjadi pilihan khususnya bagi mereka yang ingin menceburi dan membuat pelaburan di dalam bidang pertanian dan ternakan di Malaysia. Buktinya, banyak syarikat-syarikat telah mengiklankan perniagaan dan perkhidmatan mereka di akhbar-akhbar tempatan yang berkaitan dengan ternakan cacing ini seperti menawarkan kursus-kursus, menjual hasil-hasil ternakan seperti induk cacing, baja-baja kompos dan juga bahan-bahan makanan untuk cacing-cacing tersebut.
Ternakan cacing secara komersial memang mempunyai potensi yang cukup tinggi. Bukan sahaja untuk sektor-sektor pertanian, malah juga kepada sektor-sektor perubatan dan kosmetik. Cacing seperti yang diketahui umum mengandungi sumber protien yang cukup tinggi. Protien ini bukan sahaja bagus kepada tumbuh-tumbuhan, juga kepada tubuh badan manusia. Oleh kerana itu, baja tinja cacing amat sesuai untuk menyuburkan tanaman, malah juga mengubati penyakit-penyakit yang berkaitan dengan kulit manusia.
Saya sendiri juga pernah menjalankan beberapa kajian mengenai keberkesanan ekstrakcacing dan tinjanya terhadap tanaman yang hampir mati dan juga masalah gatal-gatal pada badan. Apa yang saya telah lakukan terhadap tanaman yang hampir mati dan tidak subur itu, saya taburkan sedikit baja tinja cacing di sekeliling pokok tersebut. Hasilnya amat mengkagumkan. Dalam masa tiga hari, daun-daun tanaman tersebut kembali menghijau dan selang seminggu selepas itu tanaman tersebut telah mengeluarkan hasil. Pada amatan saya ianya sungguh mengkagumkan. Buktinya pada gambar-gambar yang telah saya lampirkan pada post sebelum ini. Begitu juga dengan masalah gatal-gatal badan dimana saya telah menyapukan sedikit ekstrak cacing pada kawasan tersebut dan selang beberapa jam masalah tersebut dapat diatasi.
Di samping itu, ada juga suara-suara sumbang yang saya kedengaran mengenai ternakan cacing. Kalau setakat geli tu biasa la. Orang rumah saya pun alah dengan cacing ini. Tapi itu bukan isunya. Suara-suara sumbang yang saya maksudkan ini ialah ada pihak yang mengatakan bahawa ternakan cacing ini ada kaitan dengan industri pemakanan. Katanya cacing-cacing ini di ternak dan diproses untuk dijadikan tepung bagi proses merangupkan makanan-makanan tersebut. Saya bertanya pula kepada mereka ini tentang syarikat manakah yang telah mengusahakan makanan yang menggunakan tepung cacing sebagai salah satu bahan untuk memproses makanan. Malangnya soalan saya tidak dijawab dan mereka mengatakan bahawa mereka mendapat tahu daripada orang lain.
Namun kesimpulannya, ternakan cacing secara komersial memang berpotensi besar. Tambahan pula kerajaan Malaysia telah menguar-uarkan bahawa industri pertanian akan dijadikan sektor utama negara. banyak kemudahan-kemudahan pertanian akan disalurkan dan kemudahan-kemudahan pinjaman telah dipermudahkan. Kerajaan akan terus berusaha agar krisis makan sebelum ini tidak akan berlaku lagi.

0 comments:
Post a Comment